KETUA kumpulan EXO, Suho mendedahkan bahawa kumpulan itu akan membuat kemunculan semula pada 2023. Berita tersebut menggembirakan peminat selepas EXO mula fokus bergerak solo sejak 2020.
Suho memaklumkan perkara tersebut melalui aplikasi SNS dengan meninggalkan ucapan tahun baharu dan memberikan bayangan bahawa EXO bakal berjumpa peminat tidak lama lagi.
Daripada situ, peminat dengan pantas membuat jangkaan akan bertemu dengan EXO selepas Baekhyun menghabiskan perkhidmatan ketenteraannya pada 5 Februari kelak.
Rata-ratanya sangat teruja kerana sudah lama tidak menyaksikan persembahan daripada EXO sejak seorang lagi ahli, Xiumin memasuki latihan ketenteraan pada 2019.
“Saya semestinya tertunggu-tunggu dengan berita kemunculan semula daripada EXO,” kata peminat.
“Tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan semula EXO setelah lama mereka mendiamkan diri,” ujar netizen.
“2023 akan menjadi tahun cemerlang buat EXO untuk beraksi dan sangat sangat teruja,” tutur peminat.