fbpx

Pembeli tiket Piala AFF merungut Tickethotline ‘crash’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman sesawang Tickethotline yang membuatkan pembeli tiket perlu menunggu lama

PETALING JAYA – Laman sesawang Tickethotline ‘crash’ (tergendala) apabila rakyat Malaysia berebut-rebut untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan Thailand dalam Piala AFF 2022.

Perkara tersebut diketahui apabila rata-rata orang awam menciap kesukaran untuk mengakses laman sesawang tersebut dan tidak dapat mendapatkan tiket setelah menunggu agak lama.

Namun, ada juga beberapa pengguna menciap kejayaan menempah kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Januari (Sabtu) ini walaupun laman sesawang tersebut mengalami masalah.

“Lamanya beratur secara maya untuk dapatkan tiket separuh akhir ini. Kenapa tidak letak nombor ‘queue’ (beratur) senang sikit nak agak bila giliran kita,” luah seorang pembeli.

“Tickethotline ni ‘jammed’. Tunggu lama, tapi tak dapat nak beli lagi, ini pun mesti tipis nak dapat tiket,” komen pengguna yang lain pula.

Semalam, Pasukan Harimau Malaya menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2022 selepas menewaskan Singapura 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Thailand di peringkat separuh akhir, manakala Vietnam akan bertemu Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI