fbpx

Lelaki warga emas ditemui lemas selepas terjun ke dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membantu membawa mayat mangsa yang ditemukan lepas selepas dipercayai terjun ke dalam laut di Jeti Bagan Datuk, Bagan Datuk semalam.

BAGAN DATUK – Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditemui lemas selepas dikatakan terjun ke dalam laut di Jeti Bagan Datuk di sini hari ini.

Mayat lelaki warga tempatan itu dijumpai nelayan pada pukul 9.40 pagi pada jarak 3.5 kilometer (KM) dari lokasi mangsa dipercayai terjun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Asmahisham Ab. Aziz berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat pada pukul 10.21 malam tadi.

Katanya, berdasarkan maklumat awam, mangsa dipercayai telah terjun ke dalam laut dan meninggalkan barangan peribadinya di jeti berkenaan.

“Operasi mencari mangsa diteruskan pagi ini dengan radius pencarian dalam jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjun.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Teluk Intan telah diatur gerak dalam membantu kerja-kerja mencari mangsa. Mangsa bagaimanapun dijumpai nelayan pada pukul 9.40 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba mengambil mayat mangsa dari lokasi dia ditemui dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa disertai 12 anggota bomba termasuk PPDA selain dibantu pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Operasi mencari mangsa tamat pada pukul 10.15 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI