fbpx

Covid-19: Rakyat Perlis diminta berjaga-jaga, penularan varian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengusaha kedai makan di Perlis kini diwajibkan memakai pelitup muka susulan varian baharu Covid-19 dari China yang dikesan sudah berada di negara ini. - GAMBAR HIASAN

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis berharap rakyat sentiasa peka serta dalam keadaan berjaga-jaga susulan dua varian baharu Covid-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang menular di China seterusnya dikesan di Malaysia pada tahun lalu.

Kerajaan negeri dalam kenyataan di sini hari ini berkata, terdapat pelancong asing dari China yang membawa varian baharu dan dikesan sudah berada di negara ini.

“Satu kes kematian disebabkan Covid-19 juga telah dilaporkan berlaku. Ini menunjukkan sebanyak 38,540 kematian telah dicatatkan di seluruh Malaysia sejak pandemik ini melanda,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri amat prihatin terhadap situasi rakyat yang berhadapan dengan kesusahan dan cabaran ketika penularan wabak itu sebelum ini.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah pencegahan untuk kita bersama-sama mengambil panduan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang baharu ini.

“Salah satu langkah adalah semua pengusaha kedai makanan dan minuman diwajibkan untuk memakai pelitup muka ketika pengoperasian perniagaan,” ujarnya.

Kata kenyataan itu lagi, orang awam pula digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau di lokasi sesak.

“Mereka juga digalakkan sentiasa mencuci tangan dengan bersih atau mengamalkan kembali penggunaan cecair pembasmi kuman ketika atau selepas berurusan di tempat awam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI