fbpx

Tegar dakwa anak dengan bekas isteri bukan darah dagingnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEGAR SEPTIAN mendedahkan anaknya bersama bekas isteri, Sarah bukan dari benihnya.

“ANAK siapa? Kalian boleh tengok Instagram Sarah Sheilka. Ada foto cowok (teman lelakinya), mungkin anak dia.”

Demikian pendedahan mengejutkan penyanyi Indonesia, Tegar Septian memberitahu bahawa anak lelaki, Abidzar Oktaviano Putra Septian bersama bekas isteri bukan daripada benihnya.

Tegar, 21, berkata, dia tidak menyangka selama tiga tahun dirinya dibohongi bekas isteri apatah lagi melibatkan perkara tentang cahaya mata.

Katanya lagi, dia berani untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) demi membuktikan kebenaran tentang perihal terbabit.

“Selepas tiga tahun baru tahu. Ternyata, saya dibohongi dan saya memang tak menyangka.

“Berani saya buat ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Allah yang sudah tentukan semuanya.

“Betul (sebelum dia nikah dengan saya sudah hamil). Saya ketemu (jumpa) dia, setelah jumpa saya pulang (rumah) tiga hari dia baru beritahu saya sudah bunting. Saya terkejut,” ujar Tegar.

Selepas mengetahui kebenaran tersebut, Tegar yang cukup popular menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu berserah segalanya kepada Ilahi sahaja.

“Saya pun bingung. Jadi, saya pasrah sahaja. Ujian DNA belum buat lagi.

“Tapi, kalian tengok foto Abidzar ada atau tidak mirip saya?,” soalnya dalam sebuah video ‘live’ dimuat naik semula dalam TikTok.

Terdahulu, Tegar dan Sarah Sheilka bercerai enam bulan lalu dan hasil tiga tahun perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Abidzar Oktaviano Putra Septian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI