fbpx

Mesej amaran ‘push-pocket’ kes lama, ditular semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorsiah

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu mesej tular sejak 2016 meminta orang ramai berhati-hati dengan sindiket ‘push-pocket’ ditularkan semula di media sosial baru-baru ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, mesej berkenaan mendakwa, pihak sindiket akan menyelitkan telefon pintar atau dompet ke dalam poket atau beg milik mangsa dan menuduh mereka sebagai pencuri lalu mengugut untuk membuat laporan polis.

Katanya, mangsa kemudian diminta untuk membayar sejumlah wang kononnya untuk menyelesaikan kes curi berkenaan.

“PDRM mengesan mesej tular kononnya terdapat kegiatan jenayah ‘push-pocket’ di kawasan tumpuan ramai seperti lapangan terbang dan stesen transit aliran ringan (LRT).

“Semakan mendapati mesej berkenaan tular sejak tahun 2016, bagaimanapun tiada sebarang laporan polis diterima mengenai modus operandi sedemikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Noorsiah menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang mesej tular yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI