fbpx

A. Aida sedia beri peluang kepada Mas Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. AIDA masih menaruh kepercayaan kepada Mas Khan untuk berlakon di dalam drama keluaran syarikatnya.

KUALA LUMPUR – Penerbit  sensasi, Datuk A. Aida bersedia memberi peluang dan kepercayaan kepada Mas Khan meskipun pelakon muda tersebut didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang atas kesalahan mencuri mata wang kripto miliknya bernilai RM213,805.

Bagaimanapun, penerbit drama bersiri Halimah Jongang itu mahu Mas Khan mengambil iktibar dan insaf mengenai perbuatan buruknya itu.

“Hukuman itu diharap menjadi pengajaran kepadanya yang saya anggap seperti adik sendiri. Saya tidak berdendam dengannya, namun saya harap dia insaf kerana dia masih muda dan  mempunyai masa depan yang panjang.

“Saya akan memberikan dia peluang dan kepercayaan untuk berlakon di bawah produksi A. Aida Production,” katanya kepada Kosmo!.

Kelmarin,Majistret Farah Annuar menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara 12 bulan kepada Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan selepas pelakon itu mengaku bersalah mencuri wallet mata wang kripton milik A. Aida.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Ukay Perdana, Ampang di sini pada pukul 5 pagi 7 Mac lalu. Mas Khan membayar denda itu.

Menurut A. Aida, dia bersyukur dengan keputusan mahkamah itu dan berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berjaya menyelesaikan kes tersebut.

“Walaupun begitu, saya akan meneruskan saman sivil terhadap Mas Khan untuk menuntut keseluruhan jumlah wang yang dicuri, ganti rugi teladan, faedah dan kos tindakan di mahkamah,” tegasnya.

Sementara itu, Mas Khan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI