fbpx

Riena Diana seksi bukan sebab putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIENA DIANA

PETALING JAYA: Kesal dengan komen negatif berhubung penampilannya yang dianggap semakin seksi, pelakon Riena Diana bertegas imej sebegitu bukanlah azam tahun baharu 2023 dirinya sebagaimana diperkatakan netizen.

Riena, 26, juga berkata, dia tidak pernah berasa bangga dengan penampilan sedemikian netizen.

“Saya tak pernah cakap yang saya bangga berpakaian sebegitu. Saya juga tak pernah cakap seksi tu azam tahun baharu.

“Banyak lagi hal dan isu besar nak dibincangkan dari pemakaian dan kehidupan saya. Tolonglah, anda bukan kenal saya sangat pun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Riena menafikan tuduhan dia berpakaian seksi disebabkan putus cinta dengan jejaka dikenali sebagai Nik Afiq.

Malah, Riena meminta netizen berhenti menilai dirinya dengan komen-komen negatif yang menjatuhkan.

“Jangan memandai-mandai cakap saya putus cinta lepas itu terus seksi. Tidak!

“Jangan pandai-pandai nilai saya. Nak komen boleh tapi jangan sampai menjatuhkan orang dan macam anda bagus sangat”

“Kalau tak suka boleh ‘unfollow’ sebab ramai lagi orang yang suka cara saya dan suka tengok saya bukan sebab pakaian,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon berusia 26 tahun ini juga berkata, dia tidak akan membaca komen-komen tersebut demi menjaga kesihatan mentalnya.

“Saya tak perlu jelaskan tentang diri saya. Sekarang saya tahu siapa peminat dan lawan. Terima kasih atas kata-kata anda.

“Demi kesihatan mental saya, mulai sekarang saya tidak akan membaca semua komen-komen buruk anda,” ujarnya.

Terdahulu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Zulreal dikecam segelintir netizen selepas berkongsi beberapa foto berpenampilan seksi di Instagram miliknya.

Riena dilihat berani mati memakai ‘tank top’ berwarna hitam berkerlipan dengan kapsyen ringkas ucapan selamat tahun baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI