fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 perairan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 perairan seluruh negara sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, perairan tersebut adalah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan dan Sabah Timur.

“Bagi perkapalan, situasi sama turut diramal di beberapa perairan seperti di Selat Melaka, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Reef South, Palawan, Sulu dan Sulawesi.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) di kawasan perairan timur laut Condore (barat laut Reef North).

Jelasnya, angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

“Kami turut menjangka angin kencang timur laut (kategori kedua) berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter terjadi di kawasan perairan barat Condore, utara Bunguran, timur Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang.

“Situasi ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

Dalam pada itu, angin kencang timur laut (kategori pertama) berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan dan Palawan.

Ujar MetMalaysia, situasi tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi serta sukan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI