fbpx

Manchester United muat naik jadual dalam Bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jadual permainan menggunakan bahasa Melayu dimuat naik menerusia di akaun Instagram Manchester United.

PETALING JAYA – Pasukan gergasi Eropah, Manchester United mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila memuat naik jadual permainan bagi bulan Januari menggunakan bahasa Melayu.

Menerusi akaun rasmi Instagram United, perkara itu mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak semalam kerana rata-rata terhibur dengan jadual berserta kapsyen hantaran itu yang menggunakan bahasa Melayu.

“Memulakan tahun 2023 dengan lima perlawanan pada bulan pertama,” tulis United di dalam kapsyennya.

Perkara itu sekali gus membuatkan ruangan komen hantaran skuad The Red Devils itu dibanjiri oleh rakyat Malaysia yang rata-rata mempersoalkan siapakah pengendali di sebalik akaun tersebut.

“Siapa ‘admin’ (pengendali) ini. Terima kasih guna bahasa Melayu,” komen seorang pengguna.

“Kemungkinan ‘admin’ orang Malaysia, belajar dari mana bahasa Melayu ini,” komen pengguna yang lain pula.

Terdahulu kecoh apabila United pernah memuat naik satu video TikTok menggunakan lagu dari Malaysia dan meletakkan kapsyen dalam bahasa Melayu sehingga membuatkan netizen berfikir bahawa pengendali akaun tersebut benar-benar rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI