fbpx

Thailand juarai Kumpulan A selepas benam Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLKING mahu barisan pemain fokus dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2022 kali ini. – AFP

KETUA jurulatih Thailand, Alexandre Polking enggan mendabik dada selepas menyaksikan pasukan berjaya menjuarai Kumpulan A sebaliknya mahu barisan pemain fokus dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala AFF 2022 kali ini.

Sebagai rekod, skuad Gajah Perang tidak mempunyai masalah untuk menang pada aksi terakhir peringkat kumpulan dengan menewaskan Kemboja 3-1 di Stadium Thammaasat, Bangkok kelmarin.

Menurut Polking, tiada apa yang dibanggakan meskipun sasaran awal untuk menjuarai peringkat kumpulan telah pemain lakukan dengan cemerlang.

“Sebelum ini, saya sudah katakan bahawa kami mahu menang peringkat kumpulan kerana cukup penting apabila aksi separuh akhir kita akan memiliki ke­lebihan beraksi di laman sendiri pada pusingan kedua nanti.

“Buat masa ini, saya lebih berminat untuk memberi tumpuan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan dan kalau boleh sudah pasti kita mahu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lepas,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, skuad Indonesia terpaksa akur dengan status naib juara selepas hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan gol meskipun berkongsi 10 mata dengan Thailand.

Pengendali Sang Garuda, Shin Tae-yong mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pasukan sekiranya mahu melangkah jauh pada kejohanan bola sepak paling berprestij itu nanti.

“Buat masa ini, kami masih ada masalah daripada segi pe­nyudah dan itulah kelemahan yang perlu pasukan perbaiki menjelang aksi separuh akhir nanti,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu selepas pasukan berjaya menewaskan Filipina 2-1 di Manila kelmarin.

Skuad Thailand sebelum ini telah menjuarai Piala AFF seba­nyak enam kali, manakala Indonesia belum pernah bergelar juara sejak kejohanan itu bermula pada tahun 1996.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI