fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat beberapa negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan berterusan di kebanyakan negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memberitahu, ia melibatkan 11 negeri iaitu di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak adalah di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Kelantan di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, di Pahang pula melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

Turut terlibat di Selangor iaitu di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Selain itu, selatan negara melibatkan Negeri Sembilan di dua daerah iaitu Seremban dan Port Dickson, manakala Johor di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Di Sarawak membabitkan Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah di Pantai Barat (Putatan),” ujarnya.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Pantai Timur di Kelantan antaranya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan di Terengganu dikawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, selama dua hari bermula Jumaat ini (6 Januari).

Manakala, hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di negeri Sarawak dikawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) serta Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat hingga esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI