fbpx

29 tahun menjanda, Sophia Latjuba mahu tua begitu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA LATJUBA

PELAKON Sophia Latjuba mendedahkan lebih selesa hidup bersendiri dan sudah bertahun-tahun memegang status janda.

Wanita berusia 52 tahun itu berkata, dia sangat suka bekerja dan tidak gemar duduk di rumah menguruskan rumah tangga.

Bekas isteri Indra Lesmana itu juga sudah tidak tertarik untuk kembali bergelar isteri selepas 29 tahun menjanda.

“Aku sangat suka bekerja. Tidak boleh bayangkan hanya duduk di rumah urus keluarga. Saya mahu tua begini sahaja.

“Aku seorang yang mengalah, jadi kalau ada pasangan, aku yakin akan penat jika hanya terpaksa mengalah,” ujarnya.

Sophia Latjuba pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Indra Lesmana pada 1992 dan bercerai setahun kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI