fbpx

Beijing berang 12 negara bendung kemasukan pelancong China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAKIT berada di hospital Tongren di Shanghai hari ini. – AFP

BEIJING –  China hari ini mengecam pelaksanaan keperluan ujian baharu Covid-19 oleh  sekitar 12 negara terhadap penumpang yang melakukan perjalanan ke luar negara dari wilayahnya dan memberi amaran bahawa Beijing akan mengambil langkah tindak balas. 

Amerika Syarikat,  Kanada , Perancis dan Jepun adalah antara sebilangan negara yang kini mewajibkan pelawat dari China menunjukkan keputusan negatif ujian Covid-19 sebelum ketibaan berikutan lonjakan kes di negara komunis itu.

“Sebilangan negara melaksanakan sekatan kemasukan menyasarkan pelawat China. Ini di sebalik ketiadaan asas saintifik, manakala sebilangan amalan terbabit tidak boleh diterima,” kata jurucakap kementerian luar, Mao Ning dalam taklimat rutin sambil menambah, China akan mengambil langkah tindak balas berdasarkan balasan setimpal.

China menyaksikan peningkatan mendadak jangkitan selepas sekatan ketat dasar sifar Covid yang dilaksanakan selama beberapa tahun, dilonggarkan bulan lalu tanpa sebarang  amaran ataupun persiapan.

 Langkah penarikan semula dasar sifar Covid itu menyebabkan hospital dan pusat pembakaran mayat di negara itu tidak dapat menampung bilangan pesakit dan mayat yang terlalu banyak.

Akhir Disember lalu, Beijing menyatakan bahawa pelawat tidak lagi perlu menjalani kuarantin, menyebabkan penduduknya berpusu-pusu keluar negara untuk melancong atau atas sebab lain.

Negara-negara dunia menyebut tentang kurangnya ketelusan China mengenai data  jangkitan  dan risiko kemunculan varian baharu sebagai sebab untuk mengehadkan kemasukan rakyatnya.

Berdasarkan angka rasminya, China merekodkan cuma 22 kematian Covid-19 sejak Disember tahun lalu selepas menyempitkan kriteria kematian akibat jangkitan koronavirus. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI