fbpx

Warga emas hidupkan tradisi jong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pak Andak atau Dollah memeriksa salah satu jong yang telah siap dibuat dan sedia untuk dimainkan di laut atau di sungai ketika ditemui di Kampung Linting, Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Seorang warga emas sanggup menghabiskan masanya menghasilkan jong sebagai sumbangan bagi menghidupkan semula permainan tradisional itu yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

Jong merupakan sejenis permainan perahu layar tanpa pengemudi yang dilepaskan di pesisir pantai dan pemenang ditentukan oleh jong yang terlebih dahulu tiba di garisan penamat.

Dollah Mohamad, 69, berkata, jong sinonim dengan masyarakat Melayu khususnya mereka yang tinggal dan bekerja sebagai nelayan.

Kata nelayan itu, sukan air tersebut diwarisi dari Kepulauan Riau, Indonesia dan sangat po­pular antara tahun 1940 hingga 1960-an.

“Namun, ia kini kian dilupakan generasi masa kini ekoran perubahan zaman. Mereka kini lebih gemar bermain gajet dan sukan online.

“Saya berusaha untuk menghidupkan semula sukan tradi­sional itu dengan membuat perahu jong menggunakan kayu pulai yang diukir,” katanya ketika ditemui di Kampung Linting, Pulau Tanjung Surat di sini.

DOLLAH mengukir kayu pulai untuk dijadikan jong.

Menurut Dollah yang mesra disapa Pak Andak, sebuah perahu jong memakan masa sehingga 20 hari untuk disiapkan terma­suk mengecat dan membuat layar.

Tambahnya, proses paling rumit ialah mengukir bahagian dalam kayu bagi memastikan kedudukan jong stabil ketika berada di atas air.

“Jong popular dimainkan ketika waktu lapang terutama ketika nelayan tidak turun ke laut. Setiap jong dijual antara RM150 hingga RM1,000 bersama aksesori mengikut saiz,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI