fbpx

Perhimpunan Agung UMNO 11 hingga 14 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad pada sidang media berkenaan PAU 2022 di Menara Datuk Onn di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada 11 hingga 14 Januari 2023.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, turut dijadualkan berlangsung dalam PAU 2022 adalah Perhimpunan Agung Khas pada hari Jumaat.

“Perhimpunan Agung Khas pada hari Jumaat selepas ucapan dasar Presiden UMNO untuk meminda dua usul Perlembagaan UMNO.

“Satu usul berkenaan Ketua Penerangan Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian UMNO akan menjadi perwakilan automatik dalam PAU.

“Satu lagi pindaan bersamaan Akta Lompat Parti. Sebelum ini elemen gugur jadi ahli UMNO tidak berkaitan sangat dengan akta itu,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI