fbpx

Ketua geng jalanan dihukum penjara 224 tahun larikan diri dari jel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara banduan yang melarikan diri dari penjara negeri No. 3 Cereso di Ciudad Juarez. - Kerajaan Negeri Chihuahua

BANDAR RAYA MEXICO – Ketua geng jalanan terkenal, Ernesto El Neto Pinon yang dihukum penjara 224 tahun adalah antara 27 banduan yang melarikan diri dari penjara kelmarin, lapor  portal berita MailOnline.

Pinon yang dihukum penjara kerana kesalahan penculikan dan pembunuhan pada tahun 2010, melarikan diri selepas serangan bersenjata yang dirancang oleh kumpulan penjenayah.

Dia yang merupakan pemimpin kumpulan Los Mexicles dan komandan kedua kumpulan Cesar Vega, melarikan diri dari penjara negeri No. 3 Cereso di Ciudad Juarez selepas serangan di penjara tersebut yang menyebabkan 15 banduan dan seorang pengawal cedera.

Bagaimanapun, Sekretariat Pertahanan Negara Mexico berkata, dua daripada banduan yang melarikan diri telah dibunuh oleh polis.

Akhbar El Diario de Juárez melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 25 lelaki bersenjata tiba di penjara itu pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) dan melancarkan serangan gaya tentera, membunuh dua pengawal di pintu masuk di mana sejumlah pengunjung sedang menunggu untuk memasukinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI