fbpx

Sektor pendidikan TVET akan terus diperkasa – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika menerima kunjungan deligasi daripada MPN di pejabatnya hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik hasrat Majlis Professor Negara (MPN) yang mahu sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus diperkasa.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, TVET sebagai sebuah agensi di bawah kementerian itu akan terus diupayakan selaras dengan pembangunan negara.

“Saya menyambut baik cadangan yang diberikan (MPN) dan akan memastikan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wliayah (KKDW) akan terus diupayakan khususnya dalam sektor TVET,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid memaklumkan, beliau telah dikunjungi delegasi dari MPN yang diketuai oleh Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.

Jelas beliau, dalam sesi kunjungan lebih dua jam itu, pelbagai perkara dan sisi kerjasama telah diatur antara kedua-dua pihak.

“Pastinya, dengan kepakaran ilmuan dan kluster yang wujud di bawah MPN, banyak data, kajian, penyelidikan dan idea yang mampu diangkat untuk pembangunan negara bangsa.

“Saya juga mengajak para ilmuan yang bernaung di bawah MPN, turut bersama dalam membantu dan memberikan kepakaran mereka dalam isu kos sara hidup demi kesejahteraaan rakyat,” ujarnya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berharap sesi perkongsian dan meraikan pendapat dari para ilmuan ini akan terus diadakan.

Ini kerana kata beliau, pertemuan seumpama itu adalah satu ‘koridor baharu’ dalam usaha mendapatkan input terbaharu yang diperlukan di dalam memastikan dasar pentadbiran negara sentiasa memenuhi aspirasi rakyat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI