fbpx

BSN tutup sementara cawangan sebelah Wisma Jakel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cawangan BSN yang terletak di bahagian bawah bilik simpanan langsir yang terbakar di Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM- Bank Simpanan Nasional (BSN) menutup sementara cawangannya yang terletak bersebelahan Wisma Jakel, Seksyen 7, di sini.

BSN dalam kenyataannya memaklumkan penutupan cawangan itu bermula hari ini dan pemakluman operasi semula akan dibuat kemudian.

“(Selain penutupan cawangan) mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit wang (CDM) di cawangan itu juga tidak akan beroperasi.

“Sebagai alternatif, pelanggan boleh mengunjungi cawangan BSN Shah Alam di Seksyen 16 dan cawangan utama BSN Selangor Wisma Ehsan,” katanya.

Kosmo! terdahulu melaporkan sebuah bilik simpanan kain langsir di bangunan sederet Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, terbakar tengah malam tadi.

Kebakaran itu berlaku di bahagian atas cawangan BSN tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI