fbpx

Abdul Rahman dilantik Naib Canselor USM yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prof. Datuk Dr. Abdul Rahman

PUTRAJAYA – Prof. Datuk Dr. Abdul Rahman Mohamed dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkuat kuasa mulai hari ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan akhbar berkata, Abdul Rahman sebelum ini adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sejak Mei 2018.

Menurutnya, Abdul Rahman berkelulusan ljazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari University of Southern California, California, Amerika Syarikat.

“Beliau turut melanjutkan pengajian ke peringkat ljazah Sarjana Sains dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama di University of New Hampshire, New Hampshire, Amerika Syarikat.

“Abdul Rahman sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM dari 1 Mei 2016 hingga 30 April 2018.

“Selain memiliki pengalaman pentadbiran yang sangat luas, Abdul Rahman juga seorang penyelidik disegani terutama dalam bidang Applied Sciences and Technologies di dalam mahupun di luar negara,” katanya.

Katanya, pelantikan Abdul Rahman diharap dapat memperkukuhkan lagi sektor pendidikan tinggi negara, seterusnya membina masa depan negara yang lebih mampan dan sejahtera berpaksikan kecemerlangan.

Dalam pada itu, KPT turut mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tnggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan atas jasa bakti beliau menerajui USM sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI