fbpx

Harga daun kari di Pulau Pinang naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun kari antara bahan penting dalam masakan. - GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Harga daun kari naik sehingga RM15 sekilogram dan dianggap sebagai barangan ‘berharga’ buat peniaga di pasar awam dan kedai runcit di negeri ini.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow berkata, tinjauan pihaknya di beberapa premis di negeri ini sejak kelmarin mendapati, berlaku kenaikan harga daun kari sehingga mencecah RM15 sekilogram.

Menurut beliau, kebiasaannya daun yang digunakan sebagai bahan masakan tersebut sebelum ini diberikan secara percuma oleh peniaga sayur atau santan.

“Tinjauan CAP mendapati sejumlah kecil daun kari yang diikat dengan gelang getah dijual pada harga 50 sen hingga RM1 seikat.

“Malah, hasil temu bual de­ngan peniaga santan mereka memberitahu tidak lagi memberi daun kari secara percuma kepada pelanggan disebabkan harganya yang mahal ketika ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

SUBBAROW menunjukkan seiikat daun kari yang biasanya di jual di pasar-pasar awam di Pulau Pinang.

Subbarow memberitahu, rata-rata peniaga juga mendakwa harga daun kari kini umpama emas berharga yang nilainya semakin tinggi dan tidak susut.

“Justeru, CAP menggesa pengguna terutama suri rumah untuk menanam sendiri pokok kari di rumah yang tentunya kos sifar dan tidak perlu lagi membelinya di pasar,” tambahnya.

Sementara itu, seorang peniaga sayur di Pasar Awam Daerah Barat Daya, Izam Abd. Hamid, 42, memberitahu, dia sudah dua minggu tidak menerima stok daun kari yang kebiasaannya dihantar oleh pembekal warga Bangladesh.

“Kebiasaannya mereka (pembekal) akan membawa dua guni ke pasar dan diagihkan kepada peniaga-peniaga sayur di sini. Dalam tempoh dua minggu ini, memang tiada stok daun kari.

“Tidak pasti sebab apa (tidak dihantar). Selalu saya ambil RM8 sekilogram. Saya tidak jual dalam jumlah banyak, cuma 15 hingga 18 tangkai sahaja (seiikat) pada harga 50 sen,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI