fbpx

Faisal Halim enggan maruah tergadai di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Harimau Malaya giat menjalani latihan menjelang aksi menentang Singapura dalam Kumpulan B, Piala AFF di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. – AMIR KHALID

KAPTEN skuad Harimau Malaya, Faisal Halim enggan maruah ber­aksi di laman sendiri ‘tergadai’ dengan memastikan pasukan negara menewaskan Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukil Jalil malam ini.

Sebagai rekod, Malaysia ber­depan misi wajib menang selepas skuad Kallang Lions itu memiliki kelebihan satu mata selepas mengharugi tiga perlawanan pe­ringkat kumpulan sebelum ini.

Menurut Faisal, kesempatan bermain di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri perlu digunakan sebaik mungkin selepas kekalahan mengecewakan kepada Vietnam minggu lalu harus dilupakan sepenuhnya.

“Secara jujur, lepas pulang dari Vietnam, pemain agak kecewa terutama setelah melihat pasukan Singapura pula berjaya mengikat Vietnam 0-0.

“Namun, jurulatih (Kim Pan-gon) telah berpesan kepada kita, jika kita bermain bertahan (se­perti Singapura) tidak berguna kerana tiada kemajuan dan lebih baik terus pandang ke depan.

“Justeru, saya juga tekankan kepada rakan-rakan sepasukan untuk tidak mengecewakan harapan penyokong yang hadir ke­rana ini adalah rumah kita. Peminat serta keluarga akan datang ke stadium dan kita tidak boleh kalah,” katanya.

Mengulas lanjut, bintang baharu Selangor FC itu turut menyeru agar rakan-rakan sepasukan bermain ‘mati-matian’ dan tidak perlu simpan tenaga dalam memastikan tiga mata dapat dicapai.

“Sudah tentu pasukan berada dalam keadaan tertekan tetapi suka untuk saya ingatkan bahawa situasi hampir sama yang telah kita alami sewaktu bertemu Turkmenistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.

“Meskipun mereka mendu­duki ranking yang lebih baik, namun pasukan berjaya buktikan tiada apa yang mustahil untuk melakar kemenangan dan saya harap perkara yang sama dapat berulang esok (malam ini),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI