fbpx

Lelaki berlari maraton setiap hari pada 2022 raih RM5.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
McKee berlari lebih daripada 15,300 km dalam hujan, panas matahari dan salji. - Twitter

LONDON –  Seorang lelaki di Cumbria, Britain berjaya mengumpul dana berjumlah £1 juta (RM5.3 juta) untuk tujuan amal dengan menamatkan misi berlari maraton pada setiap hari sepanjang 2022, lapor laman berita Wion News semalam.

Gary McKee, 53, menamatkan larian ke-365 pada malam Tahun Baharu 2023.

Menurut laporan media, dana itu dikumpulkan untuk badan amal Macmillan Cancer Support and Hospice di Home West Cumbria.

Di garisan penamat, McKee diceriakan oleh sekumpulan penyokong, menandakan berakhirnya larian yang bermula pada 1 Januari lalu sambil mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sambutan yang ‘hebat’.

Selepas menjalani 20 latihan serta berlari lebih 15,300 kilometer (km) dalam cuaca hujan, panas matahari dan salji, bapa tiga anak itu akhirnya mencapai matlamatnya mengumpul dana untuk badan amal itu.

McKee melengkapkan larian sejauh 42 km pada waktu pagi sebelum pergi bekerja sebagai ketua kumpulan di tapak nuklear Sellafield.

Dia juga sebelum ini telah berlari 100 maraton dalam 100 hari dan 110 maraton dalam 110 hari pada 2021. Rekod pertama dimulakan dari rumahnya di Cleator Moor ke London.

McKee telah mengumpul dana untuk badan amal itu selama hampir dua dekad sejak 1997. Dia bermula selepas bapanya disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia lapan tahun kemudian.

Sementara itu, pengarah pembiayaan dan komunikasi badan amal itu berkata: “Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata betapa kami berterima kasih kepada Gary kerana menyahut cabaran yang sukar dipercayai ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI