fbpx

Sembilan maut rempuhan malam Tahun Baharu di Uganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rempuhan berlaku selepas orang ramai keluar untuk menonton bunga api. - Twitter

KAMPALA, Uganda – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam insiden rempuhan menjelang Tahun Baharu 2023 ketika orang ramai bersuka ria di sebuah pusat beli-belah di ibu negara Uganda, Kampala.

Kebanyakan mangsa berusia antara 10 hingga 20 tahun.

Selepas pertunjukan bunga api berlangsung di luar pusat beli-belah Freedom City, insiden rempuhan berlaku yang mengakibatkan lima orang mati di tempat kejadian dan beberapa mangsa lain cedera, kata jurucakap polis Uganda, Luke Owoyesigyire.

Empat mangsa lain dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

“Petugas kecemasan tiba di lokasi kejadian dan membawa individu yang cedera ke hospital, di mana sembilan orang disahkan meninggal dunia,” kata Owoyesigyire.

Tindakan terburu-buru dan cuai membawa kepada tragedi itu, tambahnya.

Acara untuk menyambut tahun 2023 itu adalah yang pertama di negara Afrika timur itu dalam tempoh tiga tahun, berikutan sekatan pandemik Covid-19 dan isu keselamatan.

“Kebanyakan mangsa yang maut ialah remaja berusia 10, 11, 14 dan 20 tahun. Sebilangan lagi mangsa cedera dan pasukan penyiasat kami sedang membuat siasatan untuk mendapatkan jumlah yang tepat,” kata jurucakap polis Kampala, Patrick Onyango.

Salah seorang yang terselamat, Sylvia Nakalema, 27, berkata, rempuhan bermula apabila orang ramai pergi melihat pertunjukan bunga api sebelum kembali ke tingkat bawah.

“Terdapat orang yang terlalu ramai. Mereka mula menolak antara satu sama lain untuk mendapatkan ruang yang menyebabkan beberapa orang terjatuh dan rempuhan berlaku.

“Kanak-kanak menangis dan keadaan menjadi huru-hara,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI