fbpx

Penduduk terkejut jumpa 158 ketulan ganja terapung di tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahnaz (dua dari kiri) menunjukkan ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja pada sidang akhbar di IPD Yan, hari ini.

YAN – Penduduk Kampung Tengah Makau di Dulang Kecil, Jalan Sungai Yan di sini terkejut apabila menemui 158 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja terapung di tali air berdekatan kawasan rumah mereka pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya dihubungi penduduk di situ memaklumkan tentang penemuan dadah bernilai RM450,415 itu pada pukul 9.35 pagi.

“Kita bergegas ke lokasi dan hasil pemeriksaan mendapati kesemua ketulan mampat dadah tersebut terapung berdekatan pintu air di kampung berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati keseluruhan berat dadah ditemui adalah 180.17 kilogram yang boleh digunakan oleh kira kira 350,000 penagih,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya percaya dadah itu dipercayai telah berada di situ selama kira-kira enam jam sebelum penduduk menemuinya.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui dari mana dadah itu dibawa atau kenapa ia ditinggalkan di situ. Kawasan ini dipercayai hanya dijadikan transit sebelum dadah tersebut diedar ke luar daerah ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI