fbpx

Rekod tanpa kalah PSG lebur di kaki Lens

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG gagal mempertahankan rekod 31 aksi tanpa kalah di saingan Ligue 1 sejak Mac tahun lalu apabila tewas berdepan Lens awal pagi semalam. – AFP

LENS, Perancis – Rekod bersih Paris Saint-Germain (PSG) tanpa kalah dalam 16 perlawanan berturut-turut Ligue 1 akhirnya lebur selepas tewas mengejut 1-3 kepada RC Lens di Stade Bollaert-Delelis awal pagi semalam.

Biarpun masih kekal menerajui carta Ligue 1 tetapi kekalahan itu kembali membuka peluang kepada Lens yang kini berada di tangga kedua apabila hanya dibezakan dengan empat mata.

Kapten PSG, Marquinhos tidak merasakan ketiadaan Lionel Messi dan Neymar sebagai punca utama kekalahan itu, sebaliknya menganggap Lens beraksi jauh lebih baik daripada mereka.

Messi baru kembali menyertai pasukan selepas membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022, manakala Neymar pula digantung satu perlawanan di­sebabkan kad merah diterima ketika menentang Strasbourg minggu lalu.

“Messi dan Neymar sememang­nya pemain hebat yang boleh membawa perbezaan dalam pasukan, tetapi kami pernah menang tanpa mereka. Jadi, ia bukan sebab utama kekalahan kami.

“Saya fikir Lens bermain de­ngan lebih efisien terutama di separuh masa pertama. Mereka menang perebutan bola di udara dan kami pula tidak mengambil kesempatan untuk mencari gol penyamaan,” kata Marquinhos.

Lens terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Poland, Przemyslaw Frankowski seawal minit kelima sebelum Hugo Ekitike menyamakan kedudukan buat PSG tiga minit kemudian.

Bagaimanapun, Lens berjaya mengesahkan kemenangan selepas meledak dua lagi gol mela­lui Lois Openda dan Alexis Claude Maurice masing-masing pada minit ke-28 serta 47. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI