fbpx

Premis roti canai popular di Jalan Transfer diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis tutup premis dan tangkap layar dari video tular tindakan seorang penebar roti canai di sebuah premis roti canai Jalan Transfer, George Town di sini.

GEORGE TOWN – Sebuah premis roti canai popular di Jalan Transfer di sini diarah tutup operasi sementara selama dua minggu berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Notis Perintah Tutup Premis Makanan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) Daerah Timur Laut menerusi operasi yang dijalankan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Tindakan tersebut dilaksanakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas pemiliknya gagal menepati piawaian kebersihan premis yang ditetapkan.

Dalam operasi tersebut, turut dijumpai adalah beberapa biji telur ayam yang masih terlekat najis haiwan itu pada permukaan kulit.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan aksi seorang penebar roti canai di premis tersebut yang dilihat menggunakan telur ayam tanpa dibasuh terlebih dahulu selain mencampurkan bersama telur yang pecah.

Video yang berdurasi 48 saat itu sehingga kini mendapat 14,000 tanda suka, 4,523 perkongsian dan 3,557 komen daripada netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI