fbpx

Warga Malaysia dipercayai terlibat kebakaran di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang rakyat Malaysia dikhuatiri menjadi antara mangsa yang terkorban dalam insiden kebakaran besar melibatkan sebuah kasino di Kemboja pada 28 Disember lalu.

Bagaimanapun, Wisma Putra setakat ini belum mengesahkan atau menafikan berita tersebut yang dilaporkan secara meluas oleh pelbagai media di negara berkenaan sejak kelmarin.

Sebaliknya, berdasarkan prosedur standard, kementerian itu hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kesahihan laporan itu setelah semakan terperinci dilakukan.

Malahan, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh menerusi laman sesawang dan sosial rasmi pejabat misi diplomatik itu belum menerbitkan sebarang makluman mengenainya.

Tragedi kebakaran besar yang membabitkan Kasino Grand Diamond City di Poipet dekat sempadan Thailand minggu lalu mengorbankan 27 mangsa termasuk pelancong asing.

Media Kemboja melaporkan seorang warga Malaysia antara yang terbunuh di lokasi kejadian tersebut, manakala sebahagian besar mangsa maut ialah 17 rakyat Thailand.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI