fbpx

Jangan normalkan penderaan fizikal dalam mendidik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia perlu berhenti menormalkan penderaan fizikal sebagai cara untuk pematuhan tingkah laku.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perbuatan mengasari mana-mana individu adalah salah.

Hannah berkata demikian sebagai respons kepada komen orang ramai berkenaan insiden seorang jurulatih menampar dua pemain bola tampar yang tular baru-baru ini.

“Baca komen mengenai insiden tampar oleh jurulatih bola tampar mengatakan adalah salah untuk menampar perempuan.

“Tampar budak lelaki pun salah. Malah, menampar sesiapa adalah salah,” ciapnya di Twitter tadi.

Hannah menegaskan, penderaan fizikal sebagai cara untuk mengajar tidak patut dinormalkan oleh mana-mana individu.

“Perbuatan itu salah pada kanak-kanak, atlet, pasangan atau pembantu rumah!,” tegasnya.

Dalam ciapan berbeza, Hannah turut memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Menteri Pendidikan bagi mengadakan siasatan bebas untuk mengenal pasti sama ada cara melatih meggunakan kekerasan sudah lama diamalkan dalam pasukan bola tampar berkenaan.

“Kita mesti belajar daripada insiden ini, memperbaiki dan memastikan tidak berulang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI