fbpx

Metra minta kembalikan hak pendaratan gas di pantai Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ikatan Eksekutif dan Teknokrat Malaysia (Metra) meminta kerajaan mengembalikan hak pendaratan gas di pantai Bachok, Kelantan.

Pengerusi Metra, Ir Ariffahmi Ab. Rahman berkata, kerajaan juga diminta memberi hak pengurusan telaga minyak di pantai Kelantan kepada kerajaan negeri.

Ariffahmi

“Umum mengetahui bahawa sumber gas di pantai Kelantan telah dibawa ke selatan Thailand melalui paip untuk di proses di Songkla dan disambungkan ke Kedah.

“Perkara ini amat merugikan Kelantan dan telah menyekat potensi negeri dalam membangunkan industri gas di pantai Bachok. Rakyat Kelantan juga telah dinafikan untuk mengaut semua limpahan aktiviti industri ini.

“Saya percaya perkara ini telah berlarutan lama tanpa penyelesaian yang memihak kepada rakyat Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam soal pengurusan telaga minyak, Ariffahmi berkata, semua telaga minyak di pantai Kelantan diurus oleh Petronas, tetapi bayaran royalti tertunggak sehingga hari ini.

Justeru, kata beliau, sudah tiba masa kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan kerajaan negeri hak mengurus sendiri bagi semua atau sebahagian telaga minyak dari pantai Kelantan.

“Saya percaya kerajaan negeri mempunyai tenaga pakar untuk mengurus keperluan ini dan perlu membuat persediaan ke arah itu.

“Pihak Petronas boleh dirunding untuk menjadi penasihat,” katanya lagi.

Tambah beliau, Metra berharap prinsip keadilan sejagat yang menjadi tatakelola pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan cadangan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI