fbpx

Bekalan air di Gombak pulih lebih 61 peratus- Air Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Status pemulihan bekalan air di Gombak yang terjejas berikutan insiden paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh telah mencapai 61 peratus sehingga pukul 9 pagi tadi.

Walau bagaimanapun, menurut hantaran di Facebook Air Selangor, status pemulihan bekalan air di beberapa kawasan terjejas di Kuala Lumpur masih berada di tahap 17 peratus.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian,” katanya.

Jelasnya, pihaknya berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI