fbpx

Unit Transfusi Darah HSNZ sasar kumpul 23,000 beg darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu yang menderma darah di Unit Transfusi Darah HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyasar mengumpul 23,000 unit beg darah bagi menampung keperluan pesakit di negeri itu sepanjang tahun ini.

Ketua Unit Transfusi Darah HSNZ, Dr. Mohd. Muhaimin Kambali berkata, pelbagai program telah dirancang bagi menyemarakkan lagi aktiviti menderma darah secara berkala di seluruh Terengganu sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, Unit Transfusi Darah HSNZ berjaya memperolehi sebanyak 22,758 beg darah sepanjang tahun lalu iaitu melebihi sasaran awal pada tahun 2022 iaitu 21,000 beg.

“Jumlah itu mencukupi untuk kegunaan pesakit yang memerlukan di negeri ini. Kita juga proaktif mengadakan kempen derma darah walaupun pada musim banjir dengan tumpuan diberi di lokasi tidak terjejas dengan bencana itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Muhaimin berkata, sewaktu banjir baru-baru ini kita berjaya mengumpulkan 2,000 beg darah hasil program dijalankan di 30 lokasi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI