fbpx

Cuaca baik di seluruh Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik dikebanyakan negeri di seluruh Semenanjung pagi ini.

MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, hanya beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sahaja dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk ini adalah Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis, Beluru dan Miri) manakala di Sabah pula, hanya kawasan di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) sahaja.

“Walau bagaimanapun, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang tetap dikeluarkan di beberapa kawasan perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur sehingga pagi ini,” katanya.

Jelasnya lagi, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer per jam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga melibatkan perairan Sarawak, Selat Melaka Selatan, Tioman, Labuan, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-layang, Sulu, Palawan dan Reef South.

Ujarnya, amaran ini dijangkakan berterusan sehingga 29 Disember ini.

“Di sepanjang tempoh amaran, keadaan ini adalah amat berbahaya kepada kebanyakan aktiviti pantai dan juga perkapalan termasuklah aktiviti perkhidmatan feri dan juga aktiviti pelantar minyak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI