fbpx

Ke mana hala tuju taman tema MAPS di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMAN tema MAPS yang terletak di Ipoh ditutup pada tahun 2020 selepas tiga tahun beroperasi.

SAUDARA PENGARANG,

PADA 22 Disember lalu, Perak membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM1.19 bilion.

Demi kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri meningkatkan peruntukan pembangunan RM93 juta.

Perak merupakan negeri yang kerap dilawati pelancong kerana memiliki tempat menarik.

Ini terbukti apabila baru-baru ini saluran berita CNN meletakkan Ipoh sebagai salah satu underrated places yang wajar dilawati.

Jadi, kerajaan negeri perlu mengambil kesempatan untuk mempergiatkan aktiviti pelancongan seterusnya merancakkan ekonomi setempat.

Namun, jangan dilupa, masih ada isu yang perlu diselesaikan atau sekurang-kurangnya menemui hala tuju yang jelas iaitu Movie Animation Park Studio (MAPS) yang pernah menjadi kebanggaan warga Perak dahulu. Taman tema itu hanya beroperasi selama tiga tahun sebelum ditutup pada 2020.

Dengan kos pembinaan lebih RM520 juta tidak termasuk faedah pinjaman, ia bernilai lebih separuh daripada bajet keseluruhan Perak pada 2023. Projek itu bukan sahaja gagal, malah mencalar imej Perak.

Sehingga kini, tiada siapa yang berani mengaku dan memikul tanggungjawab terhadap kegagalan projek itu sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit.

Adakah kos pembinaan yang terlalu mahal dan tempoh siap terlalu lewat menyebabkan operasinya tidak mampan untuk diteruskan?

Hasil pemerhatian mendapati, MAPS dibiarkan usang. Bagi memastikan perkara sama tidak berlaku pada masa akan datang, sistem tatakelola dan tadbir urus syarikat kerajaan negeri perlu diperkemaskan.

Tadbir urus baik bukan sekadar slogan, tetapi benar-benar diamalkan supaya setiap keputusan yang dibuat adalah terbaik.

AZHA ABDULLAH
Ipoh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI