fbpx

Harimau serang jurulatih ketika pertunjukan sarkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau itu pada awalnya tenang dan mengikut arahan tuannya yang mengarahkannya dengan tongkat. - Mail Online

ROM – Seorang jurulatih haiwan di Itali diserang oleh seekor harimau semasa pertunjukan sarkas di wilayah Leece, petang Khamis lalu, lapor akhbar MailOnline semalam.

Rakaman kejadian memaparkan detik cemas ketika Ivan Orfei, 31, diserang oleh seekor harimau yang berada di sebelahnya ketika dia sedang memberi arahan semasa pertunjukan di Sarkas Marina Orfei di Surbo.

Ketika kejadian, harimau tersebut menarik kaki Orfei ke lantai, mengelilinginya sebelum melompat ke belakang lalu membaham leher mangsa.

Orfei dikejarkan ke hospital kerana mengalami luka dalam pada leher, kaki dan lengan akibat diserang.

Harimau tersebut kemudian diasingkan selepas pertunjukan itu untuk menjalani ujian veterinar. 

Pihak berkuasa sarkas mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook dengan berkata: “Kami adalah sangat menyayangi haiwan seperti yang ditunjukkan oleh Ivan dalam persembahannya.

“Harimau adalah haiwan yang menarik dan kemahiran untuk menjinakkan serta membina hubungan dengannya adalah satu seni yang berlaku selama ratusan tahun bukan sahaja di sarkas.

“Namun, kemalangan boleh berlaku dan keberanian yang ditunjukkan oleh mereka dalam profesion ini seperti dia (Ivan) adalah terpuji,” jelas kenyataan tersebut.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Perlindungan Haiwan (OIPA) berkata, serangan itu menjadi bukti bahawa undang-undang negara yang melarang persembahan sarkas membabitkan haiwan liar perlu dilaksanakan.

“Di sebalik latihan pertunjukan sarkas itu, terdapat kekurangan, penganiayaan dan penderitaan selama beberapa bulan,” kayta Presiden OIPA, Massimo Comparotto dalam satu kenyataan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI