fbpx

Lelaki rugi, ikan keli Afrika mati akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAFAR menunjukkan salah seekor ikan keli Afrika yang mati akibat banjir besar hingga mengakibatkannya kerugian lebih RM60,000 baru-baru ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki tergamam apabila kerugian RM60,000 selepas lebih enam tan ikan keli Afrika yang dibela di dalam kolam memancingnya mati dan terlepas akibat dilimpahi banjir besar dua minggu lalu.

Mustafar Che Kar, 54, berkata, selain terlepas, lebih satu tan ikan itu mati akibat air kolam menjadi kotor selain struktur kolamnya itu juga rosak dan pagarnya runtuh.

Katanya, ia merupakan musibah pertama yang dialami sepanjang dia menjalankan perniagaan kolam memancing sejak empat tahun lalu dengan modal RM300,000.

“Ikan keli Afrika merupakan daya penarik supaya orang ramai datang ke kolam memancing saya. Saya syak limpahan air itu datang dari sebuah tapak pembinaan berdekatan.

“Musibah itu mengakibatkan operasi kolam memancing seluas satu hektar itu terhenti sejak dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Teruna, Kijal di sini semalam.

BEBERAPA membantu Mustafar membaiki kolam ikan ternakannya selepas rosak teruk akibat banjir besar ketika ditemui di Kampung Anak Teruna, Kijal, Kemaman semalam.

Menurut Mustafar, kebiasaannya kolam memancing itu me­riah pada hujung minggu dengan lebih 10 peniaga lain turut me­numpang mencari rezeki berniaga makanan, minuman dan baju terpakai di ruang disediakan.

Tambahnya, kejadian itu menyebabkan peniaga lain itu juga terputus punca pendapatan.

“Saya buntu mana mahu cari RM100,000 untuk membaiki ke­rosakan dan membeli benih ikan yang berharga RM7 sekilogram.

“Lebih terdesak apabila saya perlu menggunakan wang simpanan untuk membayar gaji 25 pekerja,” katanya.

Sehubungan itu, Mustafar merayu kepada mana-mana pihak terutamanya kerajaan supaya memberinya suntikan mo­dal untuk bangkit semula. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI