fbpx

‘Tiga’ matahari terbit serentak di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Satu fenomena ke­mun­­culan tiga matahari sempat disaksikan oleh sekumpulan penduduk di bandar Mohe, daerah Daxing’anling, wilayah Hei­longjiang di China pada pagi Khamis lalu.

Akhbar Daily Mail melaporkan fenomena unik yang menampakkan bayangan dua matahari lain di langit berlaku antara pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi (waktu tempatan).

Ia adalah tempoh paling lama fenomena berlaku sepanjang tiga tahun lalu, sejak mula dikesan di wilayah berkenaan.

Pakar kaji cuaca menyatakan kemunculan tiga matahari atau dipanggil parhelion adalah fenomena semula jadi dan jarang berlaku di China.

Fenomena tiga matahari berlaku apabila cahaya matahari me­lalui partikel kristal ais dan awan sirus lalu membiaskan ba­yangan dua lagi matahari di kiri dan kanan.

Gambar dan video yang di­muat naik oleh pihak berkuasa menunjukkan tiga matahari da­lam kedudukan melintang menyinari bandar yang dihuni kira-kira 20,000 penduduk.

“Pembiasan cahaya mengha­silkan pelbagai jenis bentuk termasuk bulat seperti matahari se­kali gus menjelaskan feno­mena tiga matahari ini,” kata pegawai di Jabatan Pentadbiran Meteorologi China, Bian Yun.

Kali terakhir fenomena tiga matahari ini berlaku di China adalah pada 31 Disember lalu di bandar Khorgas, China. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI