SELEPAS berdepan kemelut ketamakan agensi lamanya, pelakon juga penyanyi, Lee Seung-gi kini meneruskan aktiviti kariernya artis naungan bersama agensi baharu iaitu Human Made.
Berita tersebut diumumkan pihak Human Made yang sangat berbesar hati dengan kehadiran artis terkemuka Korea Selatan itu.
“Lee Seung-gi memutuskan untuk meneruskan kegiatan sebagai artis bersama agensi kami.
“Kami sangat berbangga mengumumkan berita ini yang menyokong perjalanan baharu bagi karier selebriti terkenal itu.
“Dalam pada itu, kami meneruskan kegiatan sumbangan kepada Children’s Hospital di Seoul University pada tempoh hari yang dapat membantu kesihatan dan masa depan sempurna buat kanak-kanak di sana,” ujar wakil Human Made.
Sumbangan yang dimaklumkan oleh Human Made dalam kenyataan rasmi adalah merupakan bayaran oleh pihak Hook Entertainment kepada Seung-gi.
Human Made juga berjanji akan sentiasa menitikberatkan kebaikan, kejujuran dan keikhlasan sepanjang berbakti kepada pelakon Vagabound itu.