fbpx

Kiribati pertama sambut 2023, Howland terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Penduduk di seluruh dunia mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2022 dan menukar kalender yang digantung pada dinding untuk menyambut ketibaan 2023.

Bagaimanapun, tidak semua orang menyambut Tahun Baharu pada masa yang sama disebabkan perbezaan zon waktu di Bumi.

Oceania merupakan kawasan di dunia yang pertama menyambut Tahun Baharu. Pulau Kiribati merupakan tempat berpenghuni pertama menyambut Tahun Baharu di mana 1 Januari bermula pukul 6 petang waktu Malaysia hari ini.

Negara kepulauan kecil Tonga, Kiribati dan Samoa pula menjadi antara negara pertama menyambut Tahun Baharu 2023.

Kepulauan tidak berpenghuni Howland dan Baker dekat Amerika Syarikat menjadi tempat terakhir menyambut Tahun Baharu pada pukul 8 malam esok waktu Malaysia. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN