fbpx

Sultan Selangor seru rakyat jimat urus ekonomi, gaya hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan masyarakat supaya berjimat cermat menguruskan ekonomi dan gaya hidup dalam prospek ekonomi dunia yang membimbangkan pada tahun 2023.

Baginda bertitah, semua pihak perlu bekerjasama membina kembali negara ini dalam semua aspek termasuk sosial, politik dan ekonomi.

“Pada tahun baharu ini, rakyat diharap terus mengutamakan keamanan dan keharmonian selain mengelak isu sensitif yang boleh memudaratkan ikatan perpaduan kaum.

“Beta sentiasa mendoakan agar sekalian rakyat sentiasa berada di dalam perlindungan Allah,” titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office, hari ini.

Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan perutusan itu sempena sambutan Tahun Baru esok.

Sultan Sharafuddin turut mendoakan 2023 akan membawa sinar baharu yang lebih gemilang dan cemerlang untuk semua kelompok rakyat.

Dalam pada itu, baginda mahu masyarakat mengenepikan fahaman politik dan perbezaan luaran dalam usaha mengatasi permasalahan dan cabaran yang sedang didepani ketika ini.

“Beta tidak mahu ada lagi golongan khususnya ahli politik bertelagah dan mementingkan kepentingan peribadi sehingga mengabaikan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

“‘Less talk, more action’ (kurangkan bercakap, banyakkan tindakan)’,” titah baginda.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI