fbpx

Ikan lumba-lumba terdampar di pantai Mersing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan lumba-lumba yang ditemui dalam keadaan cedera di Pantai Air Papan, Mersing hari ini.

MERSING – Seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Pantai Air Papan dekat sini kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Mersing, Kapten (PA) Nurnajibah Abdullah berkata, ikan itu ditemui Petugas Menara Penyelamat Pantai APM ketika meletakkan bendera amaran di pantai terbabit.

Katanya, ikan seberat kira-kira 35 kilogram itu didapati mengalami kecederaan pada bahagian ekor.

“Petugas Menara Penyelamat Pantai APM telah menemui seekor ikan lumba-lumba di pesisir pantai ketika meletakkan bendera amaran iaitu kira-kira 800 meter dari menara.

“Petugas cuba melepaskan ikan lumba-lumba tersebut, tetapi gagal berikutan air pasang dan ombak kuat. Ekoran itu pihak APM Mersing telah menghubungi Pejabat Perikanan untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak Pejabat Perikanan kemudian telah hadir ke lokasi dan mengambil ikan lumba-lumba tersebut dan melepaskannya di Teluk Buih, Mersing,” katanya hari ini.

Katanya ketika kejadian keadaan cuaca cerah dan kawasan berkenaan sememangnya laluan ikan lumba-lumba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI