fbpx

Anak perempuan dijel 20 tahun kerana curi duit ibu lebih RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Huay Sriwirat (duduk di atas kerusi roda) di sebuah mahkamah di Bangkok. - Bangkok Post

BANGKOK – Ungkapan di mana ada keluarga di situ ada kasih sayang mungkin tidak berlaku di Bangkok selepas seorang anak perempuan melarikan wang lebih 250 juta baht (RM4,860,957) milik ibunya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Kelmarin, Mahkamah Jenayah Phra Khanong menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Mawadee Sriwirat kerana memalsukan dokumen untuk mencuri lebih 250 juta baht daripada ibunya, Huay Sriwirat.

Wanita berusia 56 tahun itu mencuri wang ibunya yang berumur 85 tahun semasa dia terlantar sakit, lapor portal berita Bangkok Post.

Mahkamah turut memerintahkan Mawadee memulangkan semula wang sebanyak 123 juta baht (RM2,391,591) kepada ibunya.

Huay memfailkan saman terhadap anaknya dan empat pekerja Bank Kasikorn kerana mencuri dan pemalsuan dokumen sehingga menyebabkan kerugian lebih 250 juta baht pada tahun 2019.

Peguam ibu itu, Jatuporn Chanasit memberitahu mahkamah bahawa kebenaran untuk mengeluarkan wang daripada  akaun bank berkenaan memerlukan tandatangan ibunya. 

Pada tahun 2014, Mawadee didakwa bersubahat dengan pekerja Bank Kasikorn untuk menukar proses kepada cap jari manakala Huay dimasukkan ke hospital dengan penyakit arteri koronari.

Mereka kemudian mengeluarkan kira-kira 253 juta baht (RM4,919,289) daripada dua akaun bank milik Huay di dua cawangan di Sukhumvit 101 dan Jalan Srinakarin.

Mawadee didapati bersalah di atas 84 pertuduhan pemalsuan, menggunakan dokumen palsu dan mencuri sebelum dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kepada wanita itu dengan perintah untuk memulangkan 123 juta baht.

Daripada empat pekerja bank yang terlibat dalam konspirasi itu, seorang dikenakan hukuman penjara dua tahun manakala yang lain dibebaskan.

Huay memfailkan satu lagi saman sivil di Mahkamah Sivil Phra Khanong terhadap anak perempuannya, Kasikorn Bank dan empat pekerja, menuntut pampasan 350 juta baht (RM6,805,340) dengan kes itu sedang dibincangkan di mahkamah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI