fbpx

Lelaki Korea Selatan menjadi semakin gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai lelaki Korea Selatan mempunyai berat badan berlebihan berdasarkan kepada ukuran BMI mereka. - AFP

SEOUL –  Lelaki Korea Selatan menjadi lebih obes sejak 13 tahun lalu kerana minum minuman keras dan kurang bersenam, demikian menurut laporan kerajaan semalam seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Korean Times.

Peratusan lelaki berumur 19 tahun ke atas yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) 25 kilogram (kg) bagi setiap meter persegi atau lebih, mencapai 44.8 peratus pada 2021.

Angka itu meningkat daripada 35.9 peratus pada tahun 2008, kata laporan yang disusun oleh Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Lelaki dewasa khususnya yang mempunyai BMI 30kg bagi setiap meter persegi menyumbang sebanyak 7.6 peratus daripada semua lelaki di Korea Selatan pada tahun lepas, meningkat daripada 4.1 peratus pada 2008.

Ukuran BMI ialah indeks berat dan tinggi yang pada kebiasaannya digunakan untuk mengklasifikasikan seseorang dewasa itu mempunyai berat badan berlebihan dan obes.

Korea Selatan mentakrifkan BMI yang lebih besar daripada atau sama dengan 25kg bagi setiap meter persegi sebagai obes dan BMI 30kg bagi setiap meter persegi ke atas sebagai obesiti tahap kedua.

Kadar obesiti bagi wanita juga meningkat kepada 29.5 peratus daripada 26.4 peratus dalam tempoh yang dinyatakan itu.

Laporan KDCA berkata, lebih ramai lelaki berpendidikan, kebanyakannya adalah pekerja kolar putih menunjukkan kadar obesiti yang lebih tinggi di semua peringkat umur manakala minuman keras dan kurang aktiviti fizikal merupakan faktor utama berat badan berlebihan serta mengalami obesiti. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI