fbpx

Jari hampir putus diserang babi tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmat menunjukkan jari telunjuk kanannya yang hampir putus digigit seekor babi tunggal di rumahnya di Taman Desa Darul Iman, Bukit Kuang, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang lelaki warga emas hampir putus jari telunjuk kanan akibat digigit dan disondol seekor babi tunggal di kawasan rumahnya di Taman Desa Darul Iman, Bukit Kuang di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Azmat Ibrahim, 63, diserang haiwan liar tersebut sewaktu memetik buah belimbing buluh di belakang rumahnya.

“Sebelum keluar rumah memang saya waspada kerana persekitaran rumah memang sering dicerobohi babi hutan dan tunggal.

“Pada mulanya tiada kelibat haiwan liar itu kelihatan, namun tiba-tiba seekor babi tunggal menyondol bahagian kaki membuar saya terjatuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Darul Iman, Bukit Kuang di sini hari ini.

Azmat berkata, dia cuba bangun namun haiwan itu semakin agresif menggigit jari telunjuk tangan kanannya sehingga hampir putus.

Ceritanya, dalam keadaan cemas itu, dia menggagahkan diri mengambil penyodok sampah yang kemudiannya digunakan untuk memukul belakang babi tunggal terbabit.

“Beberapa ahli keluarga yang terdengar jeritan saya cuba membantu namun turut diserang haiwan liar terbabit.

“Mujur salah seorang anak saya melempar mercun ke arah babi tunggal tersebut membuatkan haiwan itu lari,” katanya

Azmat berkata, dia segera dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman di sini untuk rawatan lanjut.

Bapa kepada tujuh anak itu berkata, jari telunjuk yang digigit babi tunggal itu menerima 15 jahitan selain mengalami bengkak beberapa anggota badanakibat bergelut dengan haiwan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI