PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan sempena Tahun Baharu 2023.
Ucapan itu dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.
Baginda berdua bertitah semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.
“Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE