PETALING JAYA – Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Lanjutan itu dibuat bagi memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF antara pasukan Malaysia dan Singapura.
Rapid KL dalam kenyataan berkata, bagaimanapun, stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang boleh meneruskan perjalanan ke laluan lain dan keluar di stesen masing-masing.
“Penumpang disaran menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan pastikan baki mencukupi untuk kelancaran perjalanan termasuk diwajibkan memakai pelitup muka,” katanya. – KOSMO! ONLINE