fbpx

300 motosikal masuk Langkawi sambut tahun baharu diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan JPJ melakukan pemeriksaan ke atas 300 motosikal yang memasuki Langkawi menggunakan feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) pada semalam.

LANGKAWI – Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa sebanyak 300 buah motosikal yang memasuki pulau peranginan ini pada semalam sempena sambutan tahun baharu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, operasi bersepadu itu dilakukan di Dermaga Tanjung Lembung di sini selama 12 jam bermula pukul 9 pagi.

Katanya, operasi melibatkan seorang pegawai dan 12 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.

“Sebanyak 300 buah motosikal telah diperiksa dan 164 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, saman tertinggi dikeluarkan adalah atas kesalahan nombor pendaftaran iaitu sebanyak 70 saman dan saman berkaitan cermin sisi sebanyak 38 saman.

“Selain itu, sebanyak 29 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan ubah suai kenderaan.

“Saman lain yang turut dikeluarkan adalah atas kesalahan tidak mempunyai lesen, mengubah suai ekzos, tidak mempamerkan Lesen Belajar Memandu (LDL) pada kenderaan dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh,” ujarnya.

Beliau memberitahu, JPJ juga mengeluarkan 42 saman dan 55 notis atas pelbagai kesalahan.

“Operasi bersepadu itu disertai dua pegawai dan 11 anggota JPJ Langkawi,” jelasnya.

Tambahnya, polis akan mengadakan pemantauan tambahan bagi memastikan keselamatan pengunjung di pulau ini sempena tahun baharu yang disambut pada tengah malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI