fbpx

Cuaca baik di Semenanjung, hujan lebat di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Paparan imej gema radar semasa menunjukkan keadaan cuaca adalah cerah di hampir semua negeri melibatkan Semenanjung Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan hujan lebat beserta ribut petir kini hanya berlaku di negeri Melaka dan beberapa daerah di sekitar negeri Johor.

“Keadaan itu dijangkakan akan beransur reda menjelang lewat petang ini.

“Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula keadaan hujan lebat dan ribut petir hanya berlaku di sekitar bahagian Kudat, Pantai Barat dan juga Sandakan yang dijangkakan akan beransur reda menjelang awal malam nanti,” katanya dalam laporan cuacanya hari ini.

Selain itu katanya, di Sarawak ketika ini keadaan hujan berterusan masih lagi sedang berlaku di beberapa kawasan dan dijangkakan boleh berterusan untuk sepanjang hari ini.

“Paparan imej carta angin semasa ketika ini masih lagi menunjukkan terdapat satu sistem bertekanan rendah melibatkan kawasan perairan Laut China Selatan yang membawa keadaan angin kencang dan laut bergelora melibatkan kawasan perairan terbabit.

“Keadaan itu turut menyebabkan hujan berterusan terutamanya melibatkan kawasan utara negeri Sarawak pada ketika ini,” jelasnya.

Oleh itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran angin kencang dan juga laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga melibatkan Condore, Bunguran, Reef North, Palawan, Layang-layang, Tioman dan Labuan sehingga 5 Januari nanti.

“Sepanjang tempoh amaran itu berkuat kuasa, kawasan perairan itu adalah bahaya untuk aktiviti perkapalan dan juga perairan termasuklah bot-bot kecil, perkhidmatan feri, sukan dan rekreasi laut.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti perairan dalam tempoh amaran ini berkuat kuasa,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI