fbpx

Durian bola jadi rebutan selepas Damak King

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI menunjukkan isi buah durian bola di gerai buah-buahan di Kampung Damak, Jerantut semalam.

JERANTUT – Selepas pelbagai jenis durian kampung premium seperti damak king dan mas hijau mendapat perhatian pengemar raja buah, kini durian bola pula mula mendapat permintaan tinggi.

Buah yang mempunyai rasa manis dengan tekstur isi yang lembut, tebal dengan aroma tersendiri itu menjadi rebutan peminat raja buah yang ingin merasa kelainannya .

Pengusaha benih durian kampung damak, Ahmad Mustapha, 44, berkata, sehingga kini, terdapat 20 batang pokok durian boladitanam penduduk kira-kira 40 tahun lalu dengan kira-kira 2,500 biji buah dihasilkan musim ini.

“Spesifikasi buah ini bulat menyebabkan ia mula tersohor dengan panggilan durian bola.

“Terdapat lima pangsa dalam sebiji (buah), manakala setiap pangsa mengandungi tiga hingga empat ulas. Kadang-kadang ditemukan ulas besar dalam satu pangsa,” katanya di Kampung Damak dekat sini semalam.

Berita berkaitan: Damak king lagi laku berbanding musang king

Berita berkaitan: Musang king dijual murah, RM17 sekilo

Menurutnya, durian bola itu dianggarkan berat antara 1 kilogram (kg) hingga 3kg, manakala ukur lilitnya dianggarkan antara 50 sentimeter (sm) hingga 80 sm.

Ujarnya, buah itu berasal daripada durian klon D18 yang benihnya diperoleh dan dibawa balik oleh pekebun di situ dari Pulau Pinang dan Johor.

Seorang pekebun durian, Ramli Mustapha, 50, berkata, sejak mula mengeluarkan hasil beberapa musim lalu, durian bola cuma dikenali kebanyakan penggemar durian di kampung itu.

“Tetapi, setelah diperkenalkan kepada pelanggan dan penggemar luar yang singgah dan menikmati isinya di gerai ini, mereka mula tertarik.

“Ia dijual pada harga RM15 hingga RM18 sekilogram dan mendapat permintaan tinggi da­ripada pelanggan di negeri ini dan Lembah Klang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI