fbpx

Tiga gadis bonceng sebuah motosikal ‘mandi’ lumpur hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga gadis itu dibantu oleh penduduk kampung setelah terjatuh ke dalam longkang. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tiga gadis di daerah Grobogan, Jawa tengah terjatuh ke dalam longkang ketika membonceng sebuah motosikal baharu, lapor laman berita Detik.

Lebih mengejutkan apabila badan ketiga-tiga gadis itu bertukar hitam legam akibat terkena air kumbahan di dalam longkang.

“Kami periksa benar mereka penduduk Grobogan. Kami tidak ambil tindakan kerana ia masih jalan kampung atau jalan kecil,” kata Ketua Polis Grobogan, AKP Deni Eko Prasetyo.

Menurut Deni, tiga gadis itu menunggang motosikal tersebut bersama-sama sebelum terjatuh ke dalam longkang.

“Sebab mereka tidak tahu motor itu berat dan semakin berat apabila dinaiki bertiga. 

“Akibat hilang keseimbangan, mereka terhuyung-hayang dan terjatuh,” katanya.

Kejadian tiga gadis terjatuh di dalam longkang itu turut menjadi topik perbualan segelintir penduduk di Pasar Gubug. Perkara itu disampaikan oleh Anna, 56, yang merupakan seorang penjual beras di Kampung Gubug.

Bagaimanapun, sukar untuk penduduk kampung mengenal pasti identiti tiga gadis itu menerusi video yang tersebar di media sosial kerana mereka dilihat berlumuran lumpur hitam.  – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI